Tujuan
Memberi bantuan kewangan kepada kumpulan sasar Jabatan yang mempunyai minat dan potensi untuk maju bagi menceburi bidang perusahaan atau perniagaan kecil.
Galakan kepada penerima bantuan JKM untuk berdikari dan meningkatkan taraf hidup mereka tanpa bergantung lagi kepada bantuan Kerajaan.
Kadar
Maksimum RM2,700 sekaligus
Syarat Kelayakan
• Penerima bantuan bulanan atau ahli keluarganya
• Orang Kurang Upaya (OKU) yang sedang mendapat perkhidmatan dari Jabatan
• Bekas pelatih dari Institusi Kebajikan dan
• Kes-kes seliaan akhlak
Cara memohon
Pemohon boleh berhubung dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri atau daerah terdekat.

0 Ulasan