Skim Perlindungan Nasional B40



Kerajaan baharu Pakatan Harapan komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat di negara ini dengan memperkenalkan satu program perlindungan kesihatan yang di namakan Skim Perlindungan Nasional B40.

Menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng, penerima yang layak akan menerima bayaran sehingga RM8000 dan melalui skim ini juga, para penerima akan menerima bayaran gantian sebanyak RM50 sehari selama tempoh rawatan di hospital dengan maksima 14 hari rawatan atau RM700 setahun.

Syarat kelayakan adalah mereka yang terdiri dari golongan B40 berumur dari 18-55 tahun dan tujuan utama skim ini adalah bertujuan mengurangkan beban rakyat.

Skim Perlindungan Nasional B40 telah bermula pada 1 Januari 2019 namun pendaftaran hanya dibuka bermula Mac 2019 secara atas talian.

Catat Ulasan

0 Ulasan