Bantuan Am Persekutuan (BA) bagi WP Kuala Kumpur dan WP Labuan sahaja



Tujuan

Memberi bantuan kepada kumpulan sasar Jabatan yang tidak berkemampuan dan berkeperluan untuk meringankan kesulitan kewangan mereka buat sementara waktu ataupun sehingga suatu jangka masa mereka dapat berdikari

Kadar

RM80.00 sebulan seorang

Maks:- RM350.00 sebulan sekeluarga


Syarat Kelayakan Khusus

• Pendapatan sebulan di bawah PGK semasa
• OKU yang memerlukan
• Orang terdampar
• Orang papa
• Kes wanita dan gadis dan sebagainya
• Keluarga yang berkeperluan dan tidak berkemampuan 

(faktor-faktor lain yang diambilkira semasa siasatan dijalankan ke atas setiap permohonan juga mengambilkira bilangan tanggungan dalam keluarga, keadaan rumah kediaman, umur penjaga atau ketua keluarga, tahap kecacatan dan keuzuran pemohon serta lain-lain aspek dalam keluarga).

Tempoh Penerimaan

12 Bulan


Cara memohon

Pemohon boleh berhubung dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat 

Catat Ulasan

0 Ulasan