Bantuan Anak Pelihara (BAP)



Tujuan
Menggalakkan kanak-kanak untuk terus tinggal dalam masyarakat dan tidak dimasukkan ke institusi kebajikan

Menempatkan kanak-kanak yang tinggal di institusi kebajikan dengan keluarga ganti agar kanak-kanak ini mendapat perhatian dan kasih sayang daripada sebuah keluarga dan hidup bermasyarakat

Mengiktiraf hak kanak-kanak untuk mendapat perlindungan dan bantuan yang sewajarnya di dalam kehidupan bersama keluarga ganti dan
Mengiktiraf peranan dan tanggungjawab keluarga ganti terhadap kanak-kanak bagi membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan

Kadar
Min:- RM250 sebulan bagi seorang kanak-kanak.

Maks:- Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara lebih 2 orang kanak-kanak.

Syarat Kelayakan Khusus
• Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah

• Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibubapa

• Kanak-kanak tinggal bersama-sama dengan keluarga ganti

• Kanak-kanak dijagai oleh keluarga/penjaga yang tiada pertalian darah

• Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 dan

• Kanak-kanak yang diambil dari ”Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM.

* Had pendapatan keluarga pelihara tidak ditetapkan.

Tempoh Penerimaan 
6 Bulan

Cara memohon

Pemohon boleh berhubung dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri atau daerah terdekat.


Catat Ulasan

0 Ulasan